1) Akidah :
- Pada sudut etimologi, akidah berasal daripada perkataan arab iaitu 'aqada beerti ikatan atau simpulan.
- pada sudut terminologi, ia memberi maksud kepercayaan yang teguh dan tidak berbelah bahagi walau dengan apa cara sekali pun iaitu keimanan kepada Allah dan segala ajaran RasulNya.
2) Syariah :
- Pada sudut etimologi, syariah berasal daripada perkataan Arab iaitu syara'a beerti sumber air, cara atau jalan yang lurus mengikut Al-Quran.
- Pada sudut terminologi, ia memberi maksud berkaitan hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui RasulNya.
- Matlamat syariat (maqasid syar'iyyah) dalam islam adalah bertujuan untuk memberi jaminan pemeliharaan 5 perkara asas dalam kehidupan iaitu nyawa, akal, harta , keturunan dan agama.
- Apa sahaja aspek kehidupan dalam tamadun islam memberi jaminan kelima-lima perkara asas di atas terpelihara. Selagi ia menepati tuntutan syariat, aktiviti kehidupan kita dianggap ibadah, sama ada ibadah khusus ataupun ibadah umum.
3) Akhlak :
- Pada sudut etimologi, akhlak berasal daripada perkataan arab iaitu khulq beerti budipekerti atau tingkahlaku yang lahir secara spontan.
- Pada sudut terminologi, ia memberi maksud sikap atau tabiat yang dihasilkan oleh keutuhan akidah dan kemantapan syariat yang diamalkan. Ia berbeza dengan etika kerana akhlak bersifat syumul dan komprehensif.
- Sumber akhlak kita mestilah berasaskan nilai yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
No comments:
Post a Comment